March 12, 2013

Pemergian seorang sahabat ~ Nor Yasnida Mokhtar

Pada 26.2.13, ada satu berita yg sgt mengejutkan saya... sungguh tidak disangka rakan seperjuangan sy di PUO telah kembali mengadap penciptaNya... bagaimana dia kembali... ada coretan dari suaminya di akhir entry ini....

Sy mula mengenali Yas masa kami sama2 masuk PSSCM... kami sekelas iaitu kelas PUO#2... dia bukan partner sy tp dia selalu training sebelah saya... dia, partner sy (lieza rock) dan saya mmg antara yang paling kecoh dlm kelas tu... bila rehat je kami akan mula bergelak ketawa sampai tak igt dunia... ada aje yg kami borakkan... gelak tawa senyuman dia masih terbayang di minda saya... dia mmg seorang sahabat yg baik... byk kenanngan sy dgn dia... selama kami berada di dalam persatuan yg sama kami sgt ngam dan mempunyai pendapat yg serupa... tiap kali kami berjumpa takde benda lain yg kami buat melainkan ketawa, ketawa dan terus ketawa..... adoi... cemane nk lupa wajah manis yas nih....





Ini antara kenangan kami..... hany 2 je yg mampu sy letakkan.... tapi hakikatnya sgt banyak....



Yas.... abadilah dikau disana bersamaNya... Semoga sentiasa ditempatkan dikalangan org2 yang beriman....

Post sy di FB utk memberitahuan perkhabaran duka kepada sesiapa yg mengenalinya...

Dukacita dimaklumkan bahawa Yasnida Mokhtar bekas pelajar Politeknik Ungku Omar dan juga ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia PUO kelas puo#2 telah meninggal dunia pada 26.2.13 disebabkan penyakit leukimia tahap 3 dan akan dikebumikan di Arab Saudi. Lebih menyedihkan bayi yang dikandungnya juga tidak dapat diselamatkan dan telah digugurkan dan dikebumikan pada 25.1.13 yang lalu. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini kerana anak-anak beliau masih kecil. Moga sahabat saya ini tenang dan damai di sana Amin..


Ini adalah coretan dari suaminya....


Bismillahirrohmaanirrohim

Allahu Akbar! Allahu Akbar!Allahu Akbar!

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Alhamdu Lillah, baru hari ini berkesempatan untuk menulis sedikit coretan setelah agak lama jugak keadaan terlalu genting dan sibuk. Diharap dengan sedikit coretan ringkas ini akan dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan mengenai apa yang telah diuji kepada keluarga saya dan isteri terutama kepada yang baru mengetahuinya. Coretan ini juga diharap menjadi kenang kenangan dan pengubat rindu dengan arwah yang sentiasa dekat di hati saya, keluarga serta para sahabat2 dan kenalan beliau.

Izinkan saya bermula begini…

Sebenarnya, saya sekeluarga telah pulang ke Malaysia pada penghujung bulan disember 2012 yang pada masa itu ayah saya berada di ICU disebabkan colon cancer, kami pulang bagi menziarahi beliau dan seterusnya Yasnida membuat keputusan untuk terus berada di Malaysia bagi menyambung perkhidmatannya sebagai guru. Ini disebabkan tempoh cuti tanpa gaji beliau sudah hampir ke penghujungnya iaitu pada bulan Jun 2013 nanti. Beliau juga merancang untuk bersalin di dalam perkhidmatan dengan harapan untuk menyambung lagi cuti tanpa gaji selama 5 tahun lagi bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Pada ketika itu Yasnida mengandungkan anak kami yang ke-5 dan kandungan ketika itu telah berusia 5 bulan. Alhamdulillah.

Saya berangkat balik ke Saudi Arabia bersama anak sulung saya yang bersekolah di sini. Yasnida berada di Malaysia bersama tiga lagi anak2 kami. Begitulah perancangan kami

Sesungguhyan Allah amat sayangkan keluarga kami lebih dari apa yang kami sayangkan. Allahlah jua sebaik-baik perancang dan penentu segalanya. Pada pertengahan bulan Januari 2013, Yasnida mula mengalami masalah kesihatan, badan belia terasa lemah. Beliau merujukkan perkara tersebut ke O&G consultan di KPJ Ipoh Specialist, dan Doktor suspect Pregnancy Anemia sahaja yang berlaku lalu Doktor memberikan ubat2 tambah darah serta acid folic sahajalah. Saya jugak menjangkakan itu adalah alahan mengandung yang memang selalu berlaku kepada beliau sejak mengandungkan anak sulung lagi. Menjelang minggu yang seterusnya, Yasnida merasakan diri dia semakin lemah dan di sendiri yang memandu kereta ke KPJ Ipoh Specialist dan meminta doctor masukkan di ke wad dengan menegaskan di memerlukan rawatan, dia rasa terlalu lemah sangat. Doktor pun masukkan beliau ke wad dan membuat ujian darah secara terperinci dan merujukkan kes Yasnida kepada pakar Hematology. Doktor juga telah memasukkan beberapa pint darah bagi menstabilkan kembali darah beliau selama beberapa hari.

Allahu Akbar! Keputusan yang keluar memang memeranjatkan kami. Yasnida didiagnosed menghidapi T-Cell Acute Lymphoblastic Leukimia (ALL) a.k.a Blood Cancer. Doktor mempunyai keyakinan sebanyak 99% pada ketika itu dan meminta untuk melakukan Bone Marrow Test bagi mengesahkan lagi 1% keyakinan beliau itu. Maka Bone Marrow test pun dilakukan dan keputusannya memang ternyata beliau menghidapi penyakit tersebut dan doctor mencadangkan untuk membuat rawatan Kemoterapi secepat mungkin untuk menyelamatkan keadaan. Termat pedih lagi apabila doctor menyatakan bayi di dalam kandungan terpaksa digugurkan bagi member laluan kepada kimoterapi dan untuk menyelamatkan nyawa si ibu sendiri.

Pada ketika ini, saya sudah kembali ke Malaysia dan membuat keputusan untuk membuat second opinion ditempat lain.Yelah, keputusan yang perlu di ambil adalah amat penting dan amat mempengaruhi kehidupan keluarga kami pada masa akan datang, jadi kami perlu membuat kepastian yang jitu terhadap keputusan perubatan ini. Kami meneruskan second opinion di SIME DARBY MEDICAL CENTER, Subang Jaya. Sekali lagi ujian darah dilakukan dan keputusannya adalah sama juga dengan apa yang telah kami ketahui. Allahu Akbar! Pada masa ini doctor sudah mulai memberikan Yasnida Prednisolone (sejenis steroid untuk mengawal sel kanser yang sangat aggresif dan juga sebahagian dari kimoterapi itu sendiri).

Kami seterusnya merujuk perkara ini ke sebuah pusat Rawatan Islam, Perubatan Al-Hidayah yang mempelopori rawatan kanser mengunakan terapi Al-Qur’an. Perawat tersebut juga mengakui bahawa sel kanser yang dihidapi beliau amat aggresif katanya. Perawat tersebut memberikan air penawar dan beberapa petikan surah AlQur’an untuk di amalkan. Perawat juga mencadangkan isteri saya untuk membuat Kimoterapi kerana menurut beliau sel kanser sangat aktif di dalam badan Yasnida. Alhamdu Lillah, ada sedikit perubahan setelah melakukan terapi Al-Qur’an. Jari2 Yasnida agak kembali merah setelah terlalu pucat sebelum ini. Kami bersyukur.

Kami juga merujuk kepada Darussyifa’ di Puchong dan Bangi untuk mendapatkan rawatan tetapi rawatan menggunakan Kayu kenderak tidak dapat dilakukan kerana pada ketika itu Yasnida sedang mengandung. Panas katanya.

Kami telah bermesyuarat dan bersepakat sesama kami untuk berjuang habis habisan bagi merawat penyakit ini kerana inilah tanggungjawab kami. Keputusan telah diambil untuk bersetuju menggugurkan kandungan tersebut walaupun ia amat berat sekali. Terlalu berat tetapi kami sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan sangat pada ketika ini.

Seterusnya, saya merujukkan kembali isteri saya ke KPJ Ipoh Specialist bagi menggugurkan kandungan tersebut dengan hati yang cukup berat sekali. Alangkah terkejutnya kami lagi apabila KPJ Ipoh Specialist menolak kes ini kerana berisiko tinggi. Doktor menyatakan si ibu mempunyai risiko tertalu tinggi kerana keadaan seperti berikut.

1. darah ibu tidak normal ataupun tidak stabil di mana sel darah putih terlalu tinggi, darah merah terlalu rendah dan yang paling berbahaya ialah platlet juga terlalu rendah. Dikhuatiri sekiranya apa2 berlaku darah tidak dapat membeku semula.
2. Kandungan sudahpun bernyawa pada ketika itu walaupun masih tidah matang.
3. Si ibu sudah pun melakukan 2 kali C-Sec surgery untuk kelahiran yang sebelum ini. Ini memberikan risiko sekiranya si ibu perlu melakukan surgery lagi.
Doktor menolak kes ini ke Hospital Besar Ipoh setelah tidak sanggup mengambil risiko.

Di Hospital Besar Ipoh, Pakar O&G mengambil lebih kurang 3 hari untuk membuat keputusan bagi kes ini bersama2 pakar Hematology. Akhirnya keputusan di ambil untuk mengeluarkan bayi dengan menggunakan kaedah ubat Cervagem yang agak mengurangkan risiko. Tetapi sekiranya tidak Berjaya, kaedah C-Sec terpaksa juga dilakukan. Akhirnya, bayi Berjaya juga dikeluarkan melalui kaedah Cervagem ini.

Alangkah luluhnya hati si ibu apabila mendenga anaknya menangis dengan sekali teriakan tatkala bayi kami keluar kea lam fana ini. Allahu Akbar! Saya sendiri sempat mengazan serta iqamat bayi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir. Yasnida sendiri tidak sanggup untuk melihat bayi ini kerana terlalu hiba sangat. Alhamdu Lillah, Nurul Iman binti Mohd Hashanizam telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Pulai, Perak.

Seusai saja dua hari selepas bersalin, kami dengan kadar yang segera berangkat kembali Jubail untuk mendapatkan rawakan Kimoterapi bagi melawan penyakit kritikal ini. Kami sempat berehat semalam saja di rumah dan terus mendapatkan rawatan di Saad Specialist Hospital, Al Khobar, Saudi Arabia setelah berbicang dengan doctor. Sebelum berangkat, doctor telah membekalkan kami Prednisolone (steroid) bagi mengawal keadaan sehingga kami mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Sesampai saja di hospital, dektor membaca laporan dan seterusnya membuat pemeriksaan ke atas kes kami, doctor immediately, meminta Yasnida masuk wad pada 3 Februari 2013. Pemeriksaan tahap penerimaan kimoterapi dibuat dan doctor berpuas hati untuk melakukan kimoterapi. Disamping itu, pengesahan sekali lagi melalui Bone Marrow Test dilakukan oleh doctor.

Bermulalah kehidupan yasnida di dalam wad hospital. Beliau menanggung penyakit kritikan bersama sakit rindu yang teramat kepada permata hatinya yang ditinggalkan di Malaysia bagi berjuang untuk melawan penyakit ini.

Mungkin ramai yang bertanya, mengapa tidak melakukan kimoterapi di Malaysia saja, kenapa mesti berada di Saudi. Berikut mungkin boleh menjawab persoalan tersebut;

1. Arwah pernah menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk menghadapi penyakit kritikal ini dengan keadaan berjauhan dari saya. Yasnida memerlukan sokongan yang sepenuhnya dan berterusan dari pada saya. Memang, pada ketika ini, emosi beliau amat terganggu dengan kesdeihan kehilangan orang tersayang serta menghadapi ujian penyakit kritikal itu sendiri. Yasnida banyak termenung dan menangis kata ketika itu. Apabila di tanya, beliau menyatakan amat merisaukan apa akan terjadi pada anak2 dia apabila dia tiada. Allahu Akbar!
2. Banyak keputusan2 pentingyang memerlukan perbicangan terus di antara kami berdua perlu diambil. Kami kena sentiasa bersama.
3. Medical Insurance Coverage. Ya, Pantai Specialist Hospital mengenakan kos sebanyak RM 60k untuk satu kitaran kimoterapi. Sekiranya Berjaya, Yasnida mungkin memerlukan kira-kira 6 kitaran untuk menghabiskan keseluruhan kitaran kimoterapi. Kami memerlukan RM 360K untuk hal ini.

Dipendekkan cerita, Kimoterapi pun bermula sehingga ke minggu ketiga dari kitaran pertama. Sejak bermulanya kimoterapi, Yasnida ada mengadu yang badan dia terasa amat lemah sangat. Kita paham, memang itulah kesan perubatan kimoterapi yang perlu dihadapi.

Pada Jumaat 15 February 2013, saya dan anak sulung kami, Nurul amirah datang melawat beliau seperti biasa. Beliau nampak agak lemah tetapi masih ceria seperti biasa. Kami makan2 bersama di dalam bilik isolation beliau. Saya menyatakan kami perlu pulang cepat ke rumah, tak boleh lama2 kat hospital kerana bimbangkan ada jangkitan kepada beliau memandagkan darah putih beliau sudah menurun hingga ke sifar yang mana badan beliau tidak mempunyai pertahanan yang kuat untuk menghadapi sebarang jangkitan kuman sementelah pada ketika itu saya dan anak agak berasa sedikit selsema walaupin kami memakai penutup mulut dan pakaian yang bersesuaian sebelum masuk ke bilik isolation dia.

Saya menyuruh anak Nurul Amirah untuk bersalaman dengan mama nya sebelum pulang. Pada ketika itu, saya sudahpun berada di muka pintu untuk beransur pulang. Sengaja saya terus bersedia untuk balik dengan tidak mahu bersalam salaman dengan yasnida bagi mengelakkan sad moment kepada dia. Pasti dia akan menangis kerana terpaksa tinggal berseorangan. Saya tidak mahu dia menangis, saya mahu dia kuat, tabah dan kental menghadapi situasi ini. Tetapi beliau meminta sangat untuk bersalaman dengan saya sambil dari kejauhan menghulurkan tangan. Saya sendiri tidak sampai hati, dan terus menyambut tangan itu, Kami bersalaman.

Rupa-rupanya, itulah kucupan tangan terakhir seorang isteri kepada saya dan ciuman kasih terakhir seorang ibu kepada anaknya. Pada 17 february 2013, Doktor menelefon saya member tahu saya yang Yasnida berada dalam keadaan kritikal dan memelukan kebenaran saya untuk membuat pembedahan dileher bagi memasukkan saluran bantuan perubatan ke badan beliau. Ya Allah! Isteriku sudah jatuh koma mulai saat itu. Beliau tidak sedarkan diri kerana menghadapi serangan Septic Shock yang bermula dengan hypotension sehingga menyebabkan beliau berlu bantuan pernafasan sepenuhnya. Kedua2 buah pinggang beliau juga sudah rosak sehingga memerlukan dialysis 5 jam setiap hari bagi menyelamatkan keadaan. Mulai saat itu, kami tidak mendengar lagi suara dan senyuman mesra Nor Yasnida Mokhtar.

Pada 26 february 2013, setelah 8 hari berada di ICU, yasnida pergi menghadap Ilahi membawa meninggalkan seribu kenangan terindah serta suka duka hidup bersama.

Dikesempatan ini saya bagi pihak Arwah Nor Yasnida Binti Mokhtar, memohon ampun dan maaf setulus hati kami sekiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan sama ada sengaja atau tidak daripada semua. Pihak keluarga juga memohon maaf kepada semua pihak kerana sepanjang Yasnida terlantar di hospital sama ada di Malaysia ataupun di Saudi Arabia, Yasnida agak keberatan untuk menerima pelawat kerana menurut beliau, dia inginkan ketenangan untuk menghadapi rawatan ini. Ramai saudara mara serta kawan2 yang berhajat untuk berjumpa beliau tetapi terpaksa saya menolaknya atas permintaan arwah sendiri. Mohon Maaf.

Sekiranya juga ada sebarang hutang piutang juga daripada pihak arwah, diminta hubungi saya dengan kadar segera untuk urusan penyelesaian in shaa Allah.

Bagi pihak keluarga, ingin juga saya merakamkam Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan2, Puan2 Saudara saudari, saudara mara, para sahabat baik di Malaysia, Saudi Arabia atau di mana jua yang sejak dari mula tidak putus2 mendoakan kesejahteraan ke atas arwah dan kami sekeluarga serta menghulurkan segala bentuk bantuan, sokongan kepada kami. Tidak termampu saya menyebutkan nama seorang demi seorang kerana terlalu ramai dan banyak bentuk pertolongannya. Hanya ALLAH jua lah yang dapat membalas budi baik kalian.

Sesungguhnya Allah datangkan ujian itu bersama dengan bantuannya. Kami merasa amat bersyukur sangat kerana bantuan itu dating dari sumber yang tidak di sangka sangka dari pelbagai pihak. Masya Allah! Subhanallah! Allah sangat sayangkan keluarga kami. Indeed.

Kami bersyukur kera dipertemukan dengan saudara2 yang sungguh budiman.

Semoga ujian ini menambah dekatkan kami kepada Mu ya Rabb!..

Sekian daripada saya, Salam Kasih salam Ksesyukuran

Kepada isteri tercinta, Abang doakan Yas ditempatkan dikalangan Orang2 yang solehah serta aman di sana hendaknya. Doa abang sentiasa bersama mu. Jika kunci syurga itu ada pada abang, telah lama abang serahkan kepadamu. Telah abang redho dan maafkan segalanya. Alhamdu Lillah.

Sekian. Sebuah coretan rasa.

Mohd Hashanizam Bin Abdul Rahman
Nurul Amirah
Muhammad Amril Hashanizam
Muhammad Raisalfaruqi Hashanizam
Nurul Fasehah

1/3/2013



Sang Lebah datang bertamu

Sekarang kat TV3 ada cite Rindu Bertamu di Abu Dhabi kan... huhuhu.... sy plak nk kongsi cite sang lebah dtg bertamu....  huhuhu....

Bila tgk gambar nih mesti meremang bulu tengkuk kan... hehehehe... inilah yg kami alami bila tgk sndri sarang lebah nih kat rak kasut umah kami tuh...adoi... boleh tak sedar sebegini punye besar sarang lebah kat dlm rak kasut tuh.... nampak sgt jarang bukak rak kasut tuh.... hehehehe

Al kisahnya.... 25.12.12 kan sy selamat melahirkan bby baru.... esoknya sy telah dibenarkan pulang... masa tu ari rabu.... pastu ari jumaat ptg bila lepas mak mandikan bby, saya akan nenenkan dia sorg2 kat depan... kebetulan masa tu sensorang plak kat depan... pastu sy dgr mcm bunyi hujan turun kat depan umah.... pastu sy tgk ada sesat beberapa ekor lebah masuk dlm umah... pastu sy intai kat luar... ada berjuta2 lebah ada kat depan umah sy.... bayak gile... pastu apa lagi sy jerit panggil hubby sy pastu sepantas kilat tutup pintu sume... mujur masa tuh hubby ada.... kami pun intai dari dlm umah... byk nye... ngeri kami dibuatnya... yelah.... bukan lalat tp lebah... risau bukan kepalang sbb ada anak2 kecikkan... pastu kami pun intai... deme nih nk kemana ramai2 nih.... kami dapati mereka semua kerumun rak kasut.... hubby kata ai... deme nk buat sarang kot kat rak kasut nih... tp kami tak berani nk tgk... nk bukak pintu pun tak berani dah waktu tuh... biar je.... tp mmg smpi malam byk gile lebah dtg...

kebetulan plak mlm tu my MIL, FIL & SIL nk dtg utk tgk bby baru... depa smpi pun dlm tgh mlm camtuh & lebah tu pun dah reda so bolehlah masuk umah....

Keesokkan harinya... hubby sy tak berani nk bukak pintu rak kasut tuh tp FIL sy telah memberanikan dirinya utk bukak sbb pelik kenapa depa ramai2 kerumu rak tuh.... bila bukak aje.... dgn terkejutnya semua....

Jeng jeng jeng.... inilah rupanya.... wow besarnya... bila masa depa buat nih... takkan le ptg jumaat buat ari sabtu udah rupa ini.... mesti dah lama dah nih....

So kami pun recall balik bila last bukak rak nih... hubby kata ari ahad lepas masa dia amek capat nk pi kenduri.... ooooo... mongkin juga udah seminggu depa dah buat tp ptg jumaat baru pindah kot.... huhu...



Pastu bila dah tgk mcm ni sy pun mmg tak berani nk bukak pintu umag Yelah kan ada bby kecik... risau gak la... tp mmg dia tak kaco pun Kami ada juga sidai kain, bako ikan bagai... kami ada juga cuba asapkan supaya depa lari cari tempat lain nk buat sarang tp tak berhasil... depa masih di situ... oleh kerana dek takut FIL ckp kita kena panggil org utk amek bwk kuar dari situ sbb kami memikirkan keselamatan anak2... so panggil JPAM dan mereka datang utk musnahkan.... sy maleh nk cite cara depa musnahkan.... huhuhu....

12 Mac datang lagi...

Tanggal 12 Mac secara automatiknya akan mengingatkan saya pada seseorang yang sgt istimewa dalam hidup sy.... 12 Mac 1936 lahirnya seorang lelaki yang sy panggil ABAH... abah yang sgt2 penyayang... sgt2 sporting... saya sgt sayang abah sy.... sy sgt rindu abah sy.... sbb pada dialah sy sering berkongsi kisah hidup suka dan duka sy... sekarang dia sudah tiada lagi di sisi.... Ya... mmg limited edition.... yang pergi tiada ganti..


Pada tarikh keramat ini juga telah mengingatkan sy pd seseorang yg telah dijemput Allah tahun lalu... YMGU

Gaya anak2 tidur

Tatkala melihat anak2 sedang tidur amatlah mendamaikan... Semua ibu2 di luar pasti setuju dgn sy kan... saat melihat bayi kita tdo amat bermakna... tenang je rasanya... pastu mesti kita senyum sorg2 kan... pastu mulalah kita kelebek jari2 dia, telinga dia, kaki dia.... hehehehe... bestkan... masa nilah sy suka bukak sarung tgn pastu cium... adoi... ashem.... tp best.... huhu...

Ini adalah gaya tdo anak2 sy masa bby... mmg sume tdo ngereng sbb masing2 suka muak kuar ikut hidung... so kena ngereng supaya muak tu seng kuar...

March 11, 2013

Tuam bayi yang baru lahir

Kali ini nak update cite pasai tuam bby... sapa kat sini yg tuam bby baru lahir... angkat tangn.... hehehehe....

Untuk family sy... kami mmg amalkan tuam menuam nih... sejak dari turun temurun lagi... asal ada bby baru lahir je... mesti ada tuam nih.... mak sy pun mmg membawa tradisi ni ke anak cucu dia... dan insyaallah kami adik beradik akan teruskan pada cucu2 kami nanti... selagi dia tak melanggar apa2 hukum agama dan kita tak bergantung dan tidak pula mudarat maka teruskanlah... benda baik kita buatlah... huhuhu...

Untuk anak2 sy, mmg sy tuam mereka sejak dari mifdhal lagi... yelah mak yg buatkan.... bila mula tuam... ok... mak sy akan mula buat tuam bila bby dah tanggal tali pusat... pusat tuh akan masuk dalam jintan hitam pastu bunjutkan dia.... pastu lepas mandi bby tuamlah sekitar badan dia... bagi bby lelaki tuam ini amat penting sbb jintan hitam nih bagus utk elak pepasang sama jugak utk bby girl... so utk cucu2 mak tak kira laki atau pompuan... sume tuam.... so meh sy cite cemane nk buat tuam nih... huhu... masa mifdhal ngn zuhayr dulu mak sy bunjutkan dlm sapu tgn je... tp kali ni sy cantikkan sket sbb biasalah terpengaruh ngn tuam2 comei yg berada di pasaran... tp tak boleh beli sbb yg ada di pasaran takde bahan "rahsia" huhuhu... apa yg rahsia tuh....

Ha.... mcm nilah tuam yg comei tuh.... dalam Pa&Ma sy jumpa DIY punye tuam... so sy mmg beranngan nk tuam yg cantik mcm nih... hehehehe....


So bila pusat Aathif tanggal je pada ari yg ke 8.. (mifdhal dulu 7 ari, zuhayr plak 6 ari) sy pun memulakan operasi membuat tuam.... hehehehe.... siapkan kain cotton, tali pengikat, jintan hitam... pastu cari balik tuam zuhayr yg dulu... ada je smpn dalam almari baju mifdhal tuh...


So dapatlah buat mcm ni.... yg berketul tu.... mesti nk tau apakan...????? itu adalah pusat mifdhal dan zuhayr.... haaaa... inilah bahan rahsia tuh.... kami akan kumpulkan kesemua pusat adik beradik utk disimpan dlm tuam nih... untuk apa.... simboliknya... agar mereka ini saling berkumpul dan tidak berpecah belah... betul ke ini sebabnya... hehehehe... betull..... ini adalah harapan... kenyataannya.... hanya Allah sahaja yg tau di masa hadapan.... mak hanya meletakkan harapan... dan berdoa agar mereka ini tetap bersatu...


so meh kita tgk pusat itu milik siapa

Yang besar skali tu ~ Zuhayr
Yang kedua besar tu ~ Aathif
Yang kecil sekali ~ Mifdhal...

Hehehehehe.... so pd sapa2 yg tak tuam tu... pusat2 tuh letak katne ye... nak tau jugak... sbb utk sy dan adik beradik sy... pusat kami 6 org ada dlm tuam kami di Taiping... sy pernah tgk tuam tuh dulu... mak kata dlm tu ada pusat kami semua... hehehehe....


Bila dah masukkan semula semua pusat tuh.... maka bunjutkan... jgn ketat sgt sbb nnt jintan hitam tuh tak circulate plak... pastu sy ikatkan kononnya mcm majalah tulah... tp biasa lah sy kan kerastangan so hasilnya mcm ni sahaja.... hehehehehe... tp sy bangga sbb dpt buat jugak dan hasilnya comei gak kan...



So bila tuam nih dah siap maka bolehlah tuam bby anda.... yayyy....

Tiap kali lepas mandi pagi dan petang sy akan tuam anak2 sy... kalo zaman dulu mak akan nyalakan pelita... pastu layurkan tuam atas api pelita tuh... agak2 suam2 kuku tuh bolehlah tuam pada bby tuh... tp zaman moden skrg mana nk cari pelita lagi dah... lagipun payah nk berminyak tanah bagai... pastu bontot tuam tuh nnt pun berjelaga dibuatnya... maka sy akan panaskan seterika pastu layurkan tuam kat situ... hehehehe... panas gak kan... ok itu saja celoteh sy pasal tuam nih....

Kasih dari abang - abang

Apabila kita baru melahirkan zuriat yg baru... pasti berlegar dalam kepala macam manalah penerimaan abg2nya kan... boleh ke mereka menerima kehadiran org baru sama mcm kita terima, jeleskah mereka nnt dgn perhatian yg lebih kepada org baru itu, sayangkah mereka terhadap org baru itu.... mmmmm... mcm2dlm kepala nih.... hehehehe....

Masa memula bwk bby balik... abg yg xcited... mak bby dah balik ke.... mana bby mak... huhu... tp si adik heran pun idak... takde dia kisah pun... org kata bby dia pun bby lah... adik ssshhhh bby tdo... dia pun kata... mak bby tdo.. sshhh... sambil letak jari kat mulut... hhuhu...

Sampai sekarang sy masih belum tgk lagi dia buat adik dia... maybe sbb ang pun tak buat so dia pun ikut abg dia... lagipun dia dah pandai main ngn abg so aktiviti mereka penuh dengan bermain.... so bby ni dia tak kisah sgt... 

Bab jeles plak... mmmmm... pun takde lah nmpk sgt... sket2 je... tu pun takdelah teruk sgt... mcm bila aathif dah abih nenen sy pas aathif pada opah... masa tuh kalo dia perasan dia akan dtg pd sy n mtk nk duk mak... pastu dia akan duduk atas riba sy... baring atas riba... tp bila aathif jaga balik & nk nenen balik... dia akan bgn sambil kata bby nk nenen... huhuhu... Alhamdu lillah dia setakat ni paham situasi sekarang... 

Cuma keletah dia semakin byk.... kejap nk jejen lah, nk cucu beri lah, bitut meri lah, bitut pish lah, kuih bato lah... nk abok nk pitin lah... pastu bila abg buat homework dia pun sibuk buat homework jugak... bz carik mana buku adik... mana pitil adik.... mak adik buat howok.... huhuhu... bila abg baca buku dia pun sibuk duk sebelah abg... ikut apa abg baca.... huhuhu... mmg gelihati tgk keletah dia... bila dia buat peranngai tuh kadang geram pun ada... bila tak sabar tu sy termarah juga dia... huhu.. sian jugak bila tgk dia kena marah... yelah sbb dia kecik lagi... maybe dia nk perhatian kita sbb kita lebihkan aathif kan... tp tulah sy cuba utk jadi mak yg terbaik... doakan sy ye...

Saya ni selalu mcm tuh bila dah marah anak2 pastu nyesal... huhuhu... 

Ok takpelah... meh kita layan pic tgk gaya adik nk cium aathif....

Aathif.... (sambil muncung ke depan membetulkan maghraj sebutan F tu)







Sayang bby aathif.... muah.... pastu dia sndri sebut... pandai.... hahahaha...






abg pun mmg suka sayang adik.... kejap2... mak nk sayang aathif.... bila abg sayang pastu seperti biasa adik pun akan datang... mak nk cayang bby aathif...muah... pandai adik....(puji diri sendri)


Walau apa pun... sy amat bersyukur sbb mereka boleh menerima kedatangan bby baru dengan mudah sekali.... dan mereka amat menyayangi antara satu sama lain... sejuk perut mak....

March 6, 2013

I AM NO. 3 ~ Muhammad Aathif I'lmi



Assalamualaikum.... 

Lama rasanya tak berbicara di sini... setelah selamat melahirkan bby no. 3 saya langsung takde masa nak update cite kelahiran lagi... huhuhu... maklum la anak dah bertambah so mcm2 nk kena buat... hehehehe.... 

Ok memula skali mesti ramai yg tertunggu2 sy cite proses kelahiran sy yg ke 3 ni kan... huhu... perasan lebih ada ke yg baca blog cabuk sy nih... cabuk ke.. pada sy blog ni ada mcm2 cite perihal keluarga kecik sy yg sederhana tapi penuh kasih.... huhuhu...

Ish melalut plak mak nih... ok meh sy mula cite...

EDD sy adalah 30.12.12.... so adalah terdetik di hati sy agar bby leh kuar tahun 2013 sbb zuhayr dilahirkan pada tahun 2012 so idak le nmpk mcm sy beranak setahun sorang... hehheheh... tp tulah kita hanya merancang tapi Dia sudah ada aturannya....

En suami sy simpan cuti dia selama 4 ari smata utk menunggu kelahiran bby baru sbb cuti dia tak bole cfw so dia kena abihkan cuti sebelum akhir 2012... so bby kuar atau tidak dia kena abihkan cuti tu mula dari 26, 27, 28 dan 31 disember 2013... huhuhu...

Pada 24.12.12 sy masih pi keja mcm biasa.. sempat lagi update cite pasa 39 weeks tu kan.. siap amek gmbr lagi sbb kononnya lambat lagi le nk bersalinnya.... so malam tuh mcm biasa disebabkan esoknya cuti krismas sy tanya en suami esok nk masak apa since cuti bolehlah masak lain sket selain dari mkn nasik... so en suami sy demand suh buat sizzling mee. Katanya nnt bila dah bersalin lambat lagilah baru bole sy masak sbb dia mmg dah tringin sgt dah tuh... so sy kata kalo nk kena beli cendawan kat tesco le malam tu jugak sbb nk masak kena rendam cendawan tu semalaman baru marveles.... so dia kata okeh dia bwk anak2 pi tesco dan esoknya sy bole masak sizzling mee.... bestnya.... tp sebenarnya malam tu sy dah rasa lain mcm sket... rasa mcm sengkak sket kat pintu rahim nih... terdetik dlm hati sy eh... bby dah engage ke... sok nk bersalin kot... sbb rasa nyilu2 tuh mcm dah ada.... tp serius sy dah mmg rasa tak selesa time tuh... rasanya nk cepat je bersalin... huhuhu

So keesokkan harinya 25.12.12 sy bgn & masak sizzling mee secepat mungkin sbb mmg taknak mkn nasik lunch tuh... sy dah setelkn sume dlm kul 1 mcm tuh tgk2 mcm kuah tu mcm byk plak so sy mtk en suami keluar utk beli lagi yee mee dan beberapa bahan lain yg masih tak cukup.... sambil tuh sy buat cili potong... tgh dok potong cili tuh sy rasa mcm ada kuar darah sket... trus sy check & mmg betul ada spot darah sket.... dan sejak dari itu sy mula ada rasa contraction sket2... sama mcm mifdhal dulu punya sign... ayoyo.... masa sudah tiba.... sy bgtau mak kata ada spot darah sket... mak kata mmm... kena pi hospital le dah tp mkn le dulu.... so sy abihkan keja mcm biasa sambil tuh kemas2 beg sbb bag bby mmg dah siap cuma bag sy je blom lagi... so setel2 kemas sume... en suami pun balik sambil bwk air kelapa muda... sy minum sket je sbb hati dah mula rasa saspen.... so kami pun pakat2 makan dulu baru leh pi spital... tp sy makan sket je.... mmmm... mcm nk kene repeat buat lagi nih... huhuhu sbb mkn aritu tak puas... maklumlah hati sudah berdebar...

Sambil mkn hubby tanya nk bersalin arini ke... sy kata kalo dah rasa sakit nih smpi spital mesti kena ctg scan pastu mest ada contraction sbb sy mmg dah ada rasa.... kalo ada contraction mesti kena warded... naluri sy kata mlm ni jugak bersalin nih... hubby kata ye ke... dia xcited je... sy yg saspen.... huhuhu... so bila dah setel sume sy ngan mak susah hati cemane nk tggal si zuhayr nih... dia mesti nk ikut nih... abg takpe dia dah paham bila bgtau mak sakit mak kena pi spital nk kuarkan bby dari perut mak... dia dah tahu dah nnt mak balik bwk bby.... tp yg payah sket si zuhayr nih sbb dia kecik lagi mana paham... so mak kata kena tdokan dia dulu.. so mak pelan2 tdokan dia.. Alhamdulillah mau dia tdo... so kami pun kuar...

Sampai spital dalam kul 4.30ptg... nurse dah tau kehadiran sy sbb sy dah cal maklumlah arini kan public holiday... so sy trus kena masuk bilik ctg scan tuh... ini le rupa muka sy masa ctg tuh... tak semenggah kan... maklum la dah mula sakit....


Ini plak graf yg kuar dari mesin tuh... tak paham lgsg.... tp lepas baca result tu bidan kata mmmm... dah ada contraction so bidan akan buat VE utk check brape bukaan masa tuh... adoi episod ngeri sudah bermula dalam hati sy berkata2.... takpe2 rileks2.... cool2 je.... biasa la tuh kan... itu sume prosedur biasa.... ayat penyedap ati... hahahah....


So bidan pun check...alangkah terkejutnya sy dia kata bukaan dah 5cm... ayoyo... cepatnya bukak... pastu bidan kata anak ke 3 kan so mmg senang nk bukaknya...ooo ye ke.... huhuhu... patutlah rasa nyilu2 tu kerap sgt... mmg dah time pun... so bidan kata pn kena admit pastu sy akan call dr raoofah tnya pendapat dia dulu.... so sy pun masuk lah wad... ditemani en suami... meninggalkan anak2 di rumah ngn mak.... ooppsss... lupa nk cite mak ada cal mamak n makcik minah utk tolg datang umah temankan mak malam tu sbb dia tak konfiden dan tggal bertiga bercucu.... mujur mamak ok... hehehe... tq mamak mmuuuaaahhh....

bila dah tuka baju dlm wad tuh... kami pun lepak2 le dalam tuh..... pastu bidan dtg dia kata dr bgtau kata kalo takde sakit kuat esok pagi le kot baru bersalin... tp kalo sakit kuat mlm ni jugak bersalin... sy ada sket frust masa tuh sbb sy nk bersalin mlm tu jugak sbb dah tak tahan sebenarnya.... sakit tak kuat cuma tak selesa sbb ada nyilu2 dan makin takut utk ke bilik air.... huhuhu....



Pastu masa dok lepak2 tuh dalm kul 6.30 ptg tuh.. nurse dtg bwk ubat suh buang air besar tuh... sy tnye dia buat apa tuh... dia kata dia nk masuk ubt nih lepas sy buang air besar boleh turut Labour Room... haa..... td kata esok pg... pastu dia kata lagi dr yg suruh sbb ini anak no. 3 bukaan akan jadi lebih cepat.... oic... tp dalam hati sy oklah lagi cepat lagi okeh.. walaupun dlm hati saspen... huhuhu... so sy pun melakukan operasi sepuasnya... lama jugaklah sy dlm bilik air smpi maghrib... huhu... lepas maghrib tuh kami turun ke labour room.. mulut sy tak lekang baca doa mcm2... saspen tuh...

Ini le rupa sy nk ke labour room tuh.. sempat posing lagi tp dalam hati Allah je yg tau... masa nih sakit makin kerap cuma takdelah kuat sgt....



Sampai je labour room... bidan dah tggu.... dia kata ada sakit ke sy kata sket2 je mcm td... dia kata takpe kita induce.... adoi induce jugak....sume sy kena induce... huhuhu... selesai sy baring dgn selesa atas katil bidan kata dia nk pecahkan air ketuban... pastu dah setel dia kata dah 8 cm... haaa.... cepatnya... bila bidan tanya sakit tak.. sy kata adalah sakit sket tp blom ada feel nk teran.... dia kata takpe kita bg ubat bg ada feel sket... huhu... sy tnye dia dr dah ada ke... dia kata ada.... ada kat umah dia... haaaa... sy terkejut sbb sy dah bukak 8cm nih.. anytime je... kalo dr tak smpi cemana...sy pikir dlm hati... agaknya bidan tuh tau apa yg sy pikirkan... dia trus kata kat sini dr hanya dtg sambut je yg lain bidan buat... kalo dr tak sempat bidan yg akan sambutkan.... oooo baru sy tauuu..... dalam hati dok berdoa... moga2 dr sempat dtg...

Masa smpi labour room tuh jam kul 8mlm... dia pecahkan air ketuban, drip ubat induce sume... dah kul 8.15 mlm... pastu sy dgr dia cal dr bgtau dah bukak 8 cm... sy kata dalam hati sempat ke dr dtg nih... jauh ke umah dia... jalam lengang ke.... tp sy tetap berdoa moga2 dr sempat dtg... dialah kekuatan sy sbb sy bersalin sume ngn dia... dia tau sy penakut... huhuhu...

Masa dah 8 cm tuh sy ckp ngn hubby jgn pi mana2 sbb anytime je nih.... sy bgtau dia dr otw.... huhuhu...

Masa dok tggu dr tuh bidan tambah lagi ubat sbb masih takde feel nk teran masa tuh dah bukak 9 dah.. dia suh sy ngiring... bila ada contraction teran sekuat ati... bila dah tambah dos ubat tuh barulah ada feel nk teran... elok dok tgh tggu contraction tuh... tup tup dr sampai...assalamualaikum elmi.. apa kabar... aik dr nih cepatnya smpi... umah dia blkg spital je ke... xpress betul dr nih dulu masa mifdhal dulu cmtuh jugak masa nurse tolak sy ke labour room nurse baru cal dia kata dah buka 9cm... pastu bila dok tgh siap2 dlm labour room tup tup dia smpi.... aik cepat betul.... tp Alhamdulillah dia dah smpi so barulah sy rasa lega....

Bila dr dah smpi tuh dia tgk mmm.... ok telentang... muka pandang perut... tgn pegang kaki kuat2... bila ada contraction teran sekuat hati.... maka proses meneran pun bermula.... masa tgh teran tuh azan isya' tgh berkumandang... maklumlah bersalin kat ar ridzuan so bila azan mmg akan dgr kat speaker kecik dlm bilik tuh.... lagilah bersemangat utk sy teran.... elok je abih azan bby pun kuar.... Alhamdulillah.... lega rasanya... kali ini dipermudahkan... 3 kali push saja...

Tepat jam 8.29 mlm 25.12.12 lahirlah zuriat yg ke 3 kami..... Alhamdu lillah.....

Fresh from oven.... hehehehehe.... baby boy


Muhammad Aathif I'lmi (Yang terpuji, belas kasih & ilmu) telah selamat dilahirkan secara normal seberat 3.9 kg, dengan ukur lilit kepala 34 cm dan panjang 47 cm....

Kelahiran kali ini nama diberikan oleh en suami... katanya dia ada terjumpa nama aathif tuh maksudnya bersih cuma dia tak igt mana dia jumpa... tp bila sy google maknanya belas kasih.... hehehe... takpelah abah maknanya masih elok.... pastu sy tak sangka dia nk tambah i'lmi kat blkg tuh... eh mcm nama sy je... hehehehe.... aah sama tapi tak serupa... nama maknya elmi... hehehehe.... anyway thanks hubby sbb pilihkn nama yg bagus utk anak kita nih... terus terang sy katakan agak susah utk sy pilih nama.. payah nk jumpa yg berkenan di hati dan yg berkenan tuh dah jadi terlalu common... dah ramai yg guna so buntu gaklah nk carik nama kali nih... mujur en suami ada firasat tersendiri... hehehehe...

Kali ini sy rasa proses berada dalam labour room sekejap je sbb dengan izinNya kelahiran Aathif agak mudah berbanding abg2nya dulu... luka juga amat sedikit.. Dr kata dia jahit sket je itupun sbb sy ada terangkat punggung sket masa teran tuh.. kalo tak rasanya ada harus takde luka...hehehehe... tp sy kan penakut so mesti ada terangkat sket... hehehe... masa sy masih dlm labour room tuh bidan tgh tuko shif... masa nih shif bidan yg sama2 sambut zuhayr dulu... dia masih kenal sy lagi... katanya kalo dah 1/2 jam je bukan bersalin tuh batuk aje tuh... haaa... batuk aje katanya... sakit ooooo.......

Setelah selesai segala urusan dlm labour room.... mak dah setel.. aathif pun dah setel... abah dah setel azan ngn qamat.... so mari kita masuk bilik balik... Dr mmg dah tau sy mmg bf mother so dia bg arahan kata bby rooming in.... huhuhu... jom aathif kita nenen....

Sampai je dlm wad abah terus belah mulut aathif ngn air zam2 dan kurma... pastu trus zaassssss... nenen....

Wow aathif sgt pandai nenen... dia nenen dari mlm tuh smpi pagi... sy mmg ada rasa let down trus... pandai dia nenen... sy mmg rasa contraction lagi sbb aathif kuat nyusu.... contraction tuh bukan apa sbb rahim makin nk kecut sbb aathif nenen kuat sampai sy pun banjir sama.... berketul-ketul kuar darah... memancut... abg2 dulu takde sy rasa mcm nih... 

Inilah rupa aathif pertama kali bertemu nenen.... aathif sgt pandai....


Mmmmm.... tgk le tuh... muka kenyang.... hehehehe...



Bila dia dah tdo barulah sy bgn utk membersihkan diri.... tak selesa bila dah banjir melanda.... masa nih sy amat berterima kasih pd en suami sbb sanggup bersihkan kotoran itu.....

Malam tuh sperti biasa sy mula tdo tak lena... aathif mmg melekat je ngn sy... bahagia rasanya....

Keesokkan harinya... sy ngn en suami berdoa agar aathif berak sbb boleh la balik.. sian opah kena jaga abg2 tuh... pagi tuh nurse dtg amek aathif nk mandikan dan buat beberapa pemeriksaan sbb paed pun ada... sementara tuh sy mandi, makan pastu tggu dr dtg.... bila dr dtg dia check kata sy dah boleh balik... yeyeyyyy.... pastu bila nurse anto aathif dia kata ok aathif pun bole balik.... yeyyyyy...... b4 kul 12 kami akan balik umah.....

Inilah wajah aathif lepas mandi.... sementara tuh nk tggu GMP dtg sbb tghari nk balik dah....


Tadaaaaa.... GMP in da house.... deme je pelawat kami kali ini... yelah dh anak ke 3.... huhuhu.... anyway tq sume....



Bila dah setel segala urusan pembayaran.... kami pun berangkat utk pulang.....


Jom aathif kita balik jumpa abg long ngn abg ngah.....


Ok... itulah serba sedikit proses kelahiran anak ke 3 kami.... nntkan next entry ye.....

oo ye lupa nk cite hubby sy bjaya abihkan cuti dia... benar aturan Dia... cukup 4 ari abah bole cuti... so lamalah abah boleh jaga aathif sampai 7 ari.... huhuhu... pandai aathif pilih hari.... mak pulak akan bercuti 75 ari sampai 10.03.13 so 11.03.13 mak kena keja....