Pada 26.2.13, ada satu berita yg sgt mengejutkan saya... sungguh tidak disangka rakan seperjuangan sy di PUO telah kembali mengadap penciptaNya... bagaimana dia kembali... ada coretan dari suaminya di akhir entry ini....
Sy mula mengenali Yas masa kami sama2 masuk PSSCM... kami sekelas iaitu kelas PUO#2... dia bukan partner sy tp dia selalu training sebelah saya... dia, partner sy (lieza rock) dan saya mmg antara yang paling kecoh dlm kelas tu... bila rehat je kami akan mula bergelak ketawa sampai tak igt dunia... ada aje yg kami borakkan... gelak tawa senyuman dia masih terbayang di minda saya... dia mmg seorang sahabat yg baik... byk kenanngan sy dgn dia... selama kami berada di dalam persatuan yg sama kami sgt ngam dan mempunyai pendapat yg serupa... tiap kali kami berjumpa takde benda lain yg kami buat melainkan ketawa, ketawa dan terus ketawa..... adoi... cemane nk lupa wajah manis yas nih....
Ini antara kenangan kami..... hany 2 je yg mampu sy letakkan.... tapi hakikatnya sgt banyak....
Yas.... abadilah dikau disana bersamaNya... Semoga sentiasa ditempatkan dikalangan org2 yang beriman....
Post sy di FB utk memberitahuan perkhabaran duka kepada sesiapa yg mengenalinya...
Dukacita dimaklumkan bahawa Yasnida Mokhtar
bekas pelajar Politeknik Ungku Omar dan juga ahli Persatuan Seni Silat Cekak
Malaysia PUO kelas puo#2 telah meninggal dunia pada 26.2.13 disebabkan penyakit
leukimia tahap 3 dan akan dikebumikan di Arab Saudi. Lebih menyedihkan bayi
yang dikandungnya juga tidak dapat diselamatkan dan telah digugurkan dan
dikebumikan pada 25.1.13 yang lalu. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang
yang beriman dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Semoga keluarga beliau tabah
menghadapi dugaan yang amat berat ini kerana anak-anak beliau masih kecil. Moga
sahabat saya ini tenang dan damai di sana Amin..
Ini adalah coretan dari suaminya....
Bismillahirrohmaanirrohim
Allahu Akbar! Allahu Akbar!Allahu Akbar!
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh
Alhamdu Lillah, baru hari ini berkesempatan untuk menulis
sedikit coretan setelah agak lama jugak keadaan terlalu genting dan sibuk.
Diharap dengan sedikit coretan ringkas ini akan dapat menjawab sedikit sebanyak
persoalan mengenai apa yang telah diuji kepada keluarga saya dan
isteri terutama kepada yang baru mengetahuinya. Coretan ini juga diharap
menjadi kenang kenangan dan pengubat rindu dengan arwah yang sentiasa dekat di
hati saya, keluarga serta para sahabat2 dan kenalan beliau.
Izinkan saya bermula begini…
Sebenarnya, saya sekeluarga telah pulang ke
Malaysia pada penghujung bulan disember 2012 yang pada masa itu ayah saya
berada di ICU disebabkan colon cancer, kami pulang bagi menziarahi beliau dan
seterusnya Yasnida membuat keputusan untuk terus berada di Malaysia bagi
menyambung perkhidmatannya sebagai guru. Ini disebabkan tempoh cuti tanpa gaji
beliau sudah hampir ke penghujungnya iaitu pada bulan Jun 2013 nanti. Beliau
juga merancang untuk bersalin di dalam perkhidmatan dengan harapan untuk menyambung
lagi cuti tanpa gaji selama 5 tahun lagi bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada
keluarga. Pada ketika itu Yasnida mengandungkan anak kami yang ke-5 dan
kandungan ketika itu telah berusia 5 bulan. Alhamdulillah.
Saya berangkat balik ke Saudi Arabia bersama anak
sulung saya yang bersekolah di sini. Yasnida berada di Malaysia bersama tiga
lagi anak2 kami. Begitulah perancangan kami
Sesungguhyan Allah amat sayangkan keluarga kami
lebih dari apa yang kami sayangkan. Allahlah jua sebaik-baik perancang dan
penentu segalanya. Pada pertengahan bulan Januari 2013, Yasnida mula mengalami
masalah kesihatan, badan belia terasa lemah. Beliau merujukkan perkara tersebut
ke O&G consultan di KPJ Ipoh Specialist, dan Doktor suspect Pregnancy
Anemia sahaja yang berlaku lalu Doktor memberikan ubat2 tambah darah serta acid
folic sahajalah. Saya jugak menjangkakan itu adalah alahan mengandung yang
memang selalu berlaku kepada beliau sejak mengandungkan anak sulung lagi.
Menjelang minggu yang seterusnya, Yasnida merasakan diri dia semakin lemah dan
di sendiri yang memandu kereta ke KPJ Ipoh Specialist dan meminta doctor
masukkan di ke wad dengan menegaskan di memerlukan rawatan, dia rasa terlalu
lemah sangat. Doktor pun masukkan beliau ke wad dan membuat ujian darah secara
terperinci dan merujukkan kes Yasnida kepada pakar Hematology. Doktor juga
telah memasukkan beberapa pint darah bagi menstabilkan kembali darah beliau
selama beberapa hari.
Allahu Akbar! Keputusan yang keluar memang
memeranjatkan kami. Yasnida didiagnosed menghidapi T-Cell Acute Lymphoblastic
Leukimia (ALL) a.k.a Blood Cancer. Doktor mempunyai keyakinan sebanyak 99% pada
ketika itu dan meminta untuk melakukan Bone Marrow Test bagi mengesahkan lagi
1% keyakinan beliau itu. Maka Bone Marrow test pun dilakukan dan keputusannya
memang ternyata beliau menghidapi penyakit tersebut dan doctor mencadangkan
untuk membuat rawatan Kemoterapi secepat mungkin untuk menyelamatkan keadaan.
Termat pedih lagi apabila doctor menyatakan bayi di dalam kandungan terpaksa
digugurkan bagi member laluan kepada kimoterapi dan untuk menyelamatkan nyawa
si ibu sendiri.
Pada ketika ini, saya sudah kembali ke Malaysia dan
membuat keputusan untuk membuat second opinion ditempat lain.Yelah, keputusan
yang perlu di ambil adalah amat penting dan amat mempengaruhi kehidupan
keluarga kami pada masa akan datang, jadi kami perlu membuat kepastian yang
jitu terhadap keputusan perubatan ini. Kami meneruskan second opinion di SIME
DARBY MEDICAL CENTER, Subang Jaya. Sekali lagi ujian darah dilakukan dan
keputusannya adalah sama juga dengan apa yang telah kami ketahui. Allahu Akbar!
Pada masa ini doctor sudah mulai memberikan Yasnida Prednisolone (sejenis
steroid untuk mengawal sel kanser yang sangat aggresif dan juga sebahagian dari
kimoterapi itu sendiri).
Kami seterusnya merujuk perkara ini ke sebuah pusat
Rawatan Islam, Perubatan Al-Hidayah yang mempelopori rawatan kanser mengunakan
terapi Al-Qur’an. Perawat tersebut juga mengakui bahawa sel kanser yang
dihidapi beliau amat aggresif katanya. Perawat tersebut memberikan air penawar
dan beberapa petikan surah AlQur’an untuk di amalkan. Perawat juga mencadangkan
isteri saya untuk membuat Kimoterapi kerana menurut beliau sel kanser sangat
aktif di dalam badan Yasnida. Alhamdu Lillah, ada sedikit perubahan setelah
melakukan terapi Al-Qur’an. Jari2 Yasnida agak kembali merah setelah terlalu
pucat sebelum ini. Kami bersyukur.
Kami juga merujuk kepada Darussyifa’ di Puchong dan
Bangi untuk mendapatkan rawatan tetapi rawatan menggunakan Kayu kenderak tidak dapat
dilakukan kerana pada ketika itu Yasnida sedang mengandung. Panas katanya.
Kami telah bermesyuarat dan bersepakat sesama kami
untuk berjuang habis habisan bagi merawat penyakit ini kerana inilah
tanggungjawab kami. Keputusan telah diambil untuk bersetuju menggugurkan
kandungan tersebut walaupun ia amat berat sekali. Terlalu berat tetapi kami
sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan sangat pada ketika ini.
Seterusnya, saya merujukkan kembali isteri saya ke
KPJ Ipoh Specialist bagi menggugurkan kandungan tersebut dengan hati yang cukup
berat sekali. Alangkah terkejutnya kami lagi apabila KPJ Ipoh Specialist
menolak kes ini kerana berisiko tinggi. Doktor menyatakan si ibu mempunyai
risiko tertalu tinggi kerana keadaan seperti berikut.
1. darah ibu tidak normal ataupun tidak stabil di
mana sel darah putih terlalu tinggi, darah merah terlalu rendah dan yang paling
berbahaya ialah platlet juga terlalu rendah. Dikhuatiri sekiranya apa2 berlaku
darah tidak dapat membeku semula.
2. Kandungan sudahpun bernyawa pada ketika itu
walaupun masih tidah matang.
3. Si ibu sudah pun melakukan 2 kali C-Sec surgery
untuk kelahiran yang sebelum ini. Ini memberikan risiko sekiranya si ibu perlu
melakukan surgery lagi.
Doktor menolak kes ini ke Hospital Besar Ipoh
setelah tidak sanggup mengambil risiko.
Di Hospital Besar Ipoh, Pakar O&G mengambil
lebih kurang 3 hari untuk membuat keputusan bagi kes ini bersama2 pakar
Hematology. Akhirnya keputusan di ambil untuk mengeluarkan bayi dengan
menggunakan kaedah ubat Cervagem yang agak mengurangkan risiko. Tetapi
sekiranya tidak Berjaya, kaedah C-Sec terpaksa juga dilakukan. Akhirnya, bayi
Berjaya juga dikeluarkan melalui kaedah Cervagem ini.
Alangkah luluhnya hati si ibu apabila mendenga
anaknya menangis dengan sekali teriakan tatkala bayi kami keluar kea lam fana
ini. Allahu Akbar! Saya sendiri sempat mengazan serta iqamat bayi ini sebelum
menghembuskan nafas terakhir. Yasnida sendiri tidak sanggup untuk melihat bayi
ini kerana terlalu hiba sangat. Alhamdu Lillah, Nurul Iman binti Mohd
Hashanizam telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Pulai,
Perak.
Seusai saja dua hari selepas bersalin, kami dengan
kadar yang segera berangkat kembali Jubail untuk mendapatkan rawakan Kimoterapi
bagi melawan penyakit kritikal ini. Kami sempat berehat semalam saja di rumah
dan terus mendapatkan rawatan di Saad Specialist Hospital, Al Khobar, Saudi
Arabia setelah berbicang dengan doctor. Sebelum berangkat, doctor telah
membekalkan kami Prednisolone (steroid) bagi mengawal keadaan sehingga kami
mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Sesampai saja di hospital, dektor membaca laporan
dan seterusnya membuat pemeriksaan ke atas kes kami, doctor immediately,
meminta Yasnida masuk wad pada 3 Februari 2013. Pemeriksaan tahap penerimaan kimoterapi
dibuat dan doctor berpuas hati untuk melakukan kimoterapi. Disamping itu,
pengesahan sekali lagi melalui Bone Marrow Test dilakukan oleh doctor.
Bermulalah kehidupan yasnida di dalam wad hospital.
Beliau menanggung penyakit kritikan bersama sakit rindu yang teramat kepada
permata hatinya yang ditinggalkan di Malaysia bagi berjuang untuk melawan
penyakit ini.
Mungkin ramai yang bertanya, mengapa tidak
melakukan kimoterapi di Malaysia saja, kenapa mesti berada di Saudi. Berikut
mungkin boleh menjawab persoalan tersebut;
1. Arwah pernah menyatakan bahawa dia tidak sanggup
untuk menghadapi penyakit kritikal ini dengan keadaan berjauhan dari saya.
Yasnida memerlukan sokongan yang sepenuhnya dan berterusan dari pada saya.
Memang, pada ketika ini, emosi beliau amat terganggu dengan kesdeihan
kehilangan orang tersayang serta menghadapi ujian penyakit kritikal itu
sendiri. Yasnida banyak termenung dan menangis kata ketika itu. Apabila di
tanya, beliau menyatakan amat merisaukan apa akan terjadi pada anak2 dia
apabila dia tiada. Allahu Akbar!
2. Banyak keputusan2 pentingyang memerlukan
perbicangan terus di antara kami berdua perlu diambil. Kami kena sentiasa
bersama.
3. Medical Insurance Coverage. Ya, Pantai
Specialist Hospital mengenakan kos sebanyak RM 60k untuk satu kitaran
kimoterapi. Sekiranya Berjaya, Yasnida mungkin memerlukan kira-kira 6 kitaran
untuk menghabiskan keseluruhan kitaran kimoterapi. Kami memerlukan RM 360K
untuk hal ini.
Dipendekkan cerita, Kimoterapi pun bermula sehingga
ke minggu ketiga dari kitaran pertama. Sejak bermulanya kimoterapi, Yasnida ada
mengadu yang badan dia terasa amat lemah sangat. Kita paham, memang itulah
kesan perubatan kimoterapi yang perlu dihadapi.
Pada Jumaat 15 February 2013, saya dan anak sulung
kami, Nurul amirah datang melawat beliau seperti biasa. Beliau nampak agak
lemah tetapi masih ceria seperti biasa. Kami makan2 bersama di dalam bilik
isolation beliau. Saya menyatakan kami perlu pulang cepat ke rumah, tak boleh
lama2 kat hospital kerana bimbangkan ada jangkitan kepada beliau memandagkan
darah putih beliau sudah menurun hingga ke sifar yang mana badan beliau tidak
mempunyai pertahanan yang kuat untuk menghadapi sebarang jangkitan kuman
sementelah pada ketika itu saya dan anak agak berasa sedikit selsema walaupin
kami memakai penutup mulut dan pakaian yang bersesuaian sebelum masuk ke bilik
isolation dia.
Saya menyuruh anak Nurul Amirah untuk bersalaman
dengan mama nya sebelum pulang. Pada ketika itu, saya sudahpun berada di muka
pintu untuk beransur pulang. Sengaja saya terus bersedia untuk balik dengan
tidak mahu bersalam salaman dengan yasnida bagi mengelakkan sad moment kepada
dia. Pasti dia akan menangis kerana terpaksa tinggal berseorangan. Saya tidak
mahu dia menangis, saya mahu dia kuat, tabah dan kental menghadapi situasi ini.
Tetapi beliau meminta sangat untuk bersalaman dengan saya sambil dari kejauhan
menghulurkan tangan. Saya sendiri tidak sampai hati, dan terus menyambut tangan
itu, Kami bersalaman.
Rupa-rupanya, itulah kucupan tangan terakhir seorang
isteri kepada saya dan ciuman kasih terakhir seorang ibu kepada anaknya. Pada
17 february 2013, Doktor menelefon saya member tahu saya yang Yasnida berada
dalam keadaan kritikal dan memelukan kebenaran saya untuk membuat pembedahan
dileher bagi memasukkan saluran bantuan perubatan ke badan beliau. Ya Allah!
Isteriku sudah jatuh koma mulai saat itu. Beliau tidak sedarkan diri kerana
menghadapi serangan Septic Shock yang bermula dengan hypotension sehingga
menyebabkan beliau berlu bantuan pernafasan sepenuhnya. Kedua2 buah pinggang
beliau juga sudah rosak sehingga memerlukan dialysis 5 jam setiap hari bagi
menyelamatkan keadaan. Mulai saat itu, kami tidak mendengar lagi suara dan
senyuman mesra Nor Yasnida Mokhtar.
Pada 26 february 2013, setelah 8 hari berada di
ICU, yasnida pergi menghadap Ilahi membawa meninggalkan seribu kenangan
terindah serta suka duka hidup bersama.
Dikesempatan ini saya bagi pihak Arwah Nor Yasnida
Binti Mokhtar, memohon ampun dan maaf setulus hati kami sekiranya ada sebarang
kesalahan atau kesilapan sama ada sengaja atau tidak daripada semua. Pihak
keluarga juga memohon maaf kepada semua pihak kerana sepanjang Yasnida
terlantar di hospital sama ada di Malaysia ataupun di Saudi Arabia, Yasnida
agak keberatan untuk menerima pelawat kerana menurut beliau, dia inginkan
ketenangan untuk menghadapi rawatan ini. Ramai saudara mara serta kawan2 yang
berhajat untuk berjumpa beliau tetapi terpaksa saya menolaknya atas permintaan
arwah sendiri. Mohon Maaf.
Sekiranya juga ada sebarang hutang piutang juga
daripada pihak arwah, diminta hubungi saya dengan kadar segera untuk urusan
penyelesaian in shaa Allah.
Bagi pihak keluarga, ingin juga saya merakamkam
Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan2, Puan2 Saudara saudari,
saudara mara, para sahabat baik di Malaysia, Saudi Arabia atau di mana jua yang
sejak dari mula tidak putus2 mendoakan kesejahteraan ke atas arwah dan kami
sekeluarga serta menghulurkan segala bentuk bantuan, sokongan kepada kami.
Tidak termampu saya menyebutkan nama seorang demi seorang kerana terlalu ramai
dan banyak bentuk pertolongannya. Hanya ALLAH jua lah yang dapat membalas budi
baik kalian.
Sesungguhnya Allah datangkan ujian itu bersama
dengan bantuannya. Kami merasa amat bersyukur sangat kerana bantuan itu dating
dari sumber yang tidak di sangka sangka dari pelbagai pihak. Masya Allah!
Subhanallah! Allah sangat sayangkan keluarga kami. Indeed.
Kami bersyukur kera dipertemukan dengan saudara2
yang sungguh budiman.
Semoga ujian ini menambah dekatkan kami kepada Mu
ya Rabb!..
Sekian daripada saya, Salam Kasih salam Ksesyukuran
Kepada isteri tercinta, Abang doakan Yas
ditempatkan dikalangan Orang2 yang solehah serta aman di sana hendaknya. Doa
abang sentiasa bersama mu. Jika kunci syurga itu ada pada abang, telah lama
abang serahkan kepadamu. Telah abang redho dan maafkan segalanya. Alhamdu
Lillah.
Sekian. Sebuah coretan rasa.
Mohd Hashanizam Bin Abdul Rahman
Nurul Amirah
Muhammad Amril Hashanizam
Muhammad Raisalfaruqi Hashanizam
Nurul Fasehah
1/3/2013