April 24, 2014

Tadika Impian IQ Genius ~ Aktiviti buat sandwich telur

Assalamualaikum..

Ok ini entry terperap jugak. maafkan saya ye. Kesibukan melanda. Huhuhu...

Alkisah pada 12.3.2014, IQ Genius ada buat aktiviti buat sandwich. Kiranya a day before cikgu ada pesan bawa roti 2 keping dengan telur rebus sebiji. Wah... saya macam.. eh nak buat apa tu cikgu... ooo esok kami ada aktiviti buat sandwich. Ooooo ok. Abang long belum pernah makan nih...adakah dia suka... atau dia buta saja tapi end up tak makan. Ok mari kita tengok.. so mak pun gigih rebus telor siap-siap malam tu dan pesan En.BD belikan roti. 

Esok paginya tu dia memang sangat excited pesan dengan saya.. mak jangan lupa roti dengan telur rebus ye. Oh ye.. lupa nak cerita.. malam tu sebelum tidur dia siap pesan esok mak kena kejut abang awal tau sebab abang kena datang awal sebab nanti kalau abang lambat mereka dah buat sandwich dulu... wahhh... ayat... mereka tu..huhuhu...oklah nak... mak memang boleh kejutkan awal tapi abang tu yang tak nak bangun bila mak kejut. huhuhu...

Masa nak ambik belah petang tu... saya tanya cikgu.. mifdhal makan tak sandwich tu. Cikgu kata dia makan. Lepas tu saya tanya.. ada letak apa lagi selain telur. Cikgu kata ada letak mayonis. Saya macam... eh.. abang makn ke mayonis tu... abang long angguk... oooo kiranya kalau kat sekolah abanglong boleh makan... huhuhu... so abanglong dah makan mayonis... saya suka... hehehehe...

Hujung minggu tu abang long request nak buat sandwich lagi. So saya pun apa lagi... bagi sepenuhnya kerjasama... hehehehe... inilah hasilnya...

Di usia 6 tahun dah pandai buat sandwich... mak sangat bangga...




Dia memang dah pandai buat dan dah pandai makan. Lepas tu saya ajar dia buat sandwick telur goreng pula. Goreng telur mata, letak atas telur pastu telangkup. Sedapppp katanya.... 


April 21, 2014

21.4.2014 ~ Pengajaran buat abang long

Assalamualaikum abang,

Pertama sekali mak nak mintak maaf pada abang sebab mak dah rotan abang pagi tadi. Mak marah sangat dekat abang sebab abang tak bagitau mak betul-betul yang abang ada homework tulisan jawi. Abang bagitau mak abang ada homework English je bila mak tanya abang sabtu dengan ahad tempoh hari. Mak taktau kenapa abang tak bagitau mak yang abang masih ada homework lagi.

Sepanjang 2 hari abang cuti, abang asyik tengok tv je. Mak tak marah abang nak tengok tv tapi abang kena siapkan homework abang dulu. Mak tak suka kalau anak mak malas nak siapkan homework. Mak tau anak mak memang rajin buat kerja sebab abang dah banyak siapkan buku kerja abang yang mak belikan untuk abang tu. Semua buku abang dah hampir siapkan. Tapi kenapa homework tulisan jawi tu abang tak buat. Abang lupa ke. Mustahil abang lupa sebab sejak dari jumaat malam lagi mak dah asyik tanya abang... abang ada homework tak. abang kata ada. Esok (sabtu) abang nak buat. Ok mak paham abang nak rehat. Tapi bila hari sabtu dengan ahad abang boleh siapkan English tapi kenapa abang tak buat tulisan jawi.

Abang lupa ke abang ada homework tulisan jawi? Itulah... mak dah banyak kali tanya abang... abang buat homework... tapi abang asyik dengan tv abang je. Mak tak kisah abang tengok tv sebab abang kecik lagi. Tapi mak tak suka abang tengok tv sampai lupa homework. Mak memang tak suka..!!!!!

Selama hari ni, mak asyik gertak je nak rotan abang tiap kali abang buat salah. Mak tak pernah nak rotan abang seteruk pagi tadi. Pagi tadi mak marah sangat dengan abang sebab abang lupa tanggungjawab abang untuk siapkan homework. Mak tak suka abang malas buat homework. Biar lambat takpe asalkan rajin. Biar tulisan tak cantik takpe asalkan siap. Biar mak tolong takpe asalkan abang nak buat.

Abang, seawal usia 6 tahun inilah abang kena belajar berdikari untuk siapkan kerja-kerja sekolah abang. Sebelum ni masa abang umur 4 dan 5 tahun mak memang bagi kelonggaran untuk abang. Mak tak kisah sangat kalau abang terlupa buat homework ataupun tak buat langsung. Mak akan marah tapi marah biasa - biasa saja. Tapi bila abang dah masuk 6 tahun, abang dah mula kena belajar uruskan persekolahan abang. Dari segi aturan homeworklah maksud mak. Abang dah tak boleh bergantung sangat pada mak untuk semak tiap-tiap buku abang tiap-tiap hari. Abang kena berdikari. Supaya abang ada rasa tanggungjawab. Mak takkan ada sepanjang masa dalam kehidupan abang. 

Masa mak kecik-kecik dulu, atok dengan opah pun macam tu jugak. pandai-pandailah mak uruskan jadual waktu mak sendiri seawal dari darjah satu. Homework pun buat sendiri. Kalau ada tak paham baru mak tanya atok tau.

Mak tau abang tak boleh baca lagi coretan mak ni. Tapi suatu hari nanti abang akan boleh baca dan abang akan paham kenapa mak rotan abang pagi tadi. Mak memang tak suka orang yang malas buat homework. Mak harap apa yang berlaku hari ini akan jadi pengajaran yang berguna pada abang.

Maafkan mak abang, mak buat semua tu sebab mak sayang abang sangat-sangat dan mak taknak abang persiakan masa depan abang sendiri. Mak takkan sentiasa ada dengan abang sepanjang masa. Cuma pengajaran yang akan kekal di minda abang. Abang anak mak yang terbaik. Abang sangat sayang mak dan mak pun sangat sayang pada abang. Abanglah cinta hati mak & abah.