April 24, 2014

Tadika Impian IQ Genius ~ Aktiviti buat sandwich telur

Assalamualaikum..

Ok ini entry terperap jugak. maafkan saya ye. Kesibukan melanda. Huhuhu...

Alkisah pada 12.3.2014, IQ Genius ada buat aktiviti buat sandwich. Kiranya a day before cikgu ada pesan bawa roti 2 keping dengan telur rebus sebiji. Wah... saya macam.. eh nak buat apa tu cikgu... ooo esok kami ada aktiviti buat sandwich. Ooooo ok. Abang long belum pernah makan nih...adakah dia suka... atau dia buta saja tapi end up tak makan. Ok mari kita tengok.. so mak pun gigih rebus telor siap-siap malam tu dan pesan En.BD belikan roti. 

Esok paginya tu dia memang sangat excited pesan dengan saya.. mak jangan lupa roti dengan telur rebus ye. Oh ye.. lupa nak cerita.. malam tu sebelum tidur dia siap pesan esok mak kena kejut abang awal tau sebab abang kena datang awal sebab nanti kalau abang lambat mereka dah buat sandwich dulu... wahhh... ayat... mereka tu..huhuhu...oklah nak... mak memang boleh kejutkan awal tapi abang tu yang tak nak bangun bila mak kejut. huhuhu...

Masa nak ambik belah petang tu... saya tanya cikgu.. mifdhal makan tak sandwich tu. Cikgu kata dia makan. Lepas tu saya tanya.. ada letak apa lagi selain telur. Cikgu kata ada letak mayonis. Saya macam... eh.. abang makn ke mayonis tu... abang long angguk... oooo kiranya kalau kat sekolah abanglong boleh makan... huhuhu... so abanglong dah makan mayonis... saya suka... hehehehe...

Hujung minggu tu abang long request nak buat sandwich lagi. So saya pun apa lagi... bagi sepenuhnya kerjasama... hehehehe... inilah hasilnya...

Di usia 6 tahun dah pandai buat sandwich... mak sangat bangga...




Dia memang dah pandai buat dan dah pandai makan. Lepas tu saya ajar dia buat sandwick telur goreng pula. Goreng telur mata, letak atas telur pastu telangkup. Sedapppp katanya.... 


No comments:

Post a Comment