Assalamualaikum...
Semalam en bdoyan request sizzling mee.. lama tak makan pun.. hehe... sbnrnya sy mmg ada rasa cm nak buat jugak.. cuma nk tgk keadaan je..So smlm lepas balik dr tpg kami singgah tesco nk beli brg sket... pastu dah kata nak buat sizzling mee.. trus je beli barang2 sume..

Ok selama ini sy just tempek gambar je kan.. ramai yg tnye resepi.. ok kali ni sy tepek resepi skali...
Sizzling mee (6 hingga 8 org mkn)
Bahan kuah
100gm cendawan kering - rendam semalaman
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 labu bwg besar + 4 ulas bwng putih + 1/2 inci halia - kisar dan ditumis asing sehingga masak kaler kehijauan
1/2 botol besar kicap lemak manis
Kiub ayam secukup rasa
3 - 4 sudu besar tepung jagung larutkan dgn air

Cara - cara
1. Rendam cendawan semalaman. Kemudian tapis airnya dan air tapisan di masak di atas api sederhana. Cendawan dihiris.
2. Tumis bahan kisar di atas kuali asing. Tumis sehingga warna kehijauan tanda sudah masak.
3. Setelah air rendaman tadi menggelegak masukkan bahan kisar yg telah ditumis tadi.
4. Masukkan ayam, cendawan hiris dan kiub ayam.
5. Kemudian masukkan kicap lemak manis sehingga kuah menjadi hitam. Biarkan merenih sehingga ayam cukup masak.
6. Perasakan kuah secukupnya dan masukkan bancuhan tepung jagung tadi sehingga kuah agak pekat (masa ni sy akan buat sikit2 tepung sbb taknak kuah terlampau pekat).

Untuk menghidang
1. Panaskan hot plate.
2. Masukkan kuah dan mee.
3. Pecahkan telur.
4. Masukkan sawi.
5. Masak sehingga mee lembut. Keep on masukkan kuah ikut citarasa nak byk mana.
6. Bila mee cukup lembut angkat dan sedia utk dimakan.
Hidangkan bersama cili kicap - hiris cili api dan bubuh kicap cair.
Fuyyooòoo... sedap.. try le...
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment