May 9, 2014

Bulan meraikan ibu ~ Eh.. bukan tiap-tiap hari ke...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua... ewahhhh... macam ramai je yang baca blog saya... huhu.. follower tak bertambah pun... syok sendiri je.... owh sebenarnya tujuan saya buat blog ni masa awal tahun 2009 aritu bukannya apa.. sebenarnya saya just nak buat diary atau catatan tentang perjalanan keluarga kecik kami... melakarkan saat-saat indah kami sekeluarga. Supaya anak-anak tahu apa yang mereka alami pada zaman kanak-kanak mereka... bagaimana mereka dilahirkan...bila mereka mula merangkak... bila mereka mula berjalan... ke mana mereka pernah bercuti... bagaimana mereka mula melangkah ke sekolah... dan macam-macam lagi... sebab saya sedar saya tak selamanya ada bersama mereka untuk bercerita. Maklumlah... dah mak-mak sangat saya nih... banyak yang lupa... huhu... maafkan saya.

Wahhhh... panjangnya celoteh mak nih... hehehe... oooo... bulan ni adalah bulan meraikan MAK kan... wahhh... bangganya mak-mak semua ye. Pada saya tiap-tiap hari kita kena sayangi dan hargai mak kita... bila saya dah jadi mak ni... saya rasa bertuah kerana terpilih untuk menjadi seorang mak... kerana saya tau ramai di luar sana yang masih..sedang mencuba ke arah itu... InsyaAllah... janji Allah itu benar.. cuma masanya kita taktau... saya agak terkesima membaca catatan seorang blogger yang masih belum dikurniakan rezeki untuk menjadi ibu..walau usia perkahwinannya menjangkau ke darjah 7... kalau nk baca juga boleh ke sini untuk mendalaminya... ada benarnya di situ... sambungannya juga ada di sini ... saya memang tabik spring pada blogger ini. Dia benar-benar membuka mata saya tentang berbahagia dengan apa yang kita ada... dan dia telah dikurniakan dengan rezeki yang lebih dari apa yang dia jangka...Subhanallah...

Saya juga tidaklah sebegitu cepat dikurniakan rezeki. Hampir setahun juga menunggu... 

Apabila blogger tu menulis .....

"sudah2 lah menangisi kekurangan yg satu ini... bukak mata dan lihat sekeliling, lihat sahabat2mu yg belum punya pasangan dan kamu akan sedar, betapa kamu masih beruntung dari mereka. sekurang-kurangnya kamu punya suami yg memelukmu dgn penuh kasih sayang di kala hari mu dirundung rasa sedih dan kecewa. kamu masih punya pasangan yg membelai dan mengusap manja rambutmu di kala menonton TV. masih punya suami yg sudi menaja brg shoppingmu. :)
senyumlah... perkahwinan bukan sekadar misi membuat anak smp berjaya... (eh mcm lucah pulak) tapi lebih dari itu. carilah keberkatan dlm berumah tangga. terus saling mencintai dlm mencari cinta Yang Maha Memberi Cinta. janganlah bersedih dan berdurja bila dgr berita kehamilan sahabat2 yg lain. buang jauh2 rasa cemburu. jadilah org2 yg bahagia melihat kebahagiaan org lain."

dan

"Allah tangguhkan rezeki anak bersebab...
Allah nak kita audit diri dan berusaha jadi isteri yg solehah... menyenangkan hati suami.
mendalami ilmu akhirat...
pergi kuliah, pergi kelas mengaji, pergi seminar, eh... byk sgt kalau nak senarai.
perbetulkan byk yang kurang sebelum kita membimbing amanah Allah."

Saya tersentuh kerana pada saya... mereka semua...mereka semua masih punya masa untuk yang di atas... mereka masih boleh melakukan semua yang di atas... tapi macam saya banyak masa yang saya perlu catu. Bukan nak mengeluh atau komplen tapi ada baik dan lemahnya di situ... Masa dah terlalu cemburu... segalanya tak sempat dan segalanya nak cepat... Tapi saya tau itu bukan alasan...saya masih dan sedang audit diri.. 

Atas sebab itulah saya sedang membuat keputusan dan masih berbincang dengan En. BD untuk sesuatu... untuk mengembalikan masa itu dan untuk menghargai.. membelai... memberi tumpuan pada yang sedia ada... kerana cabaran di tahun hadapan lebih besar... tumpuan lebih perlu diberikan... maka.. doakan kami dapat membuat keputusan yang terbaik... 80% will go for FP. Insya Allah...

Ya Allah berikan kami kekuatan dan berikan kami petunjuk. Sesungguhnya tiada daya upaya bagi kami tanpa petunjuk dariMu... Kami hanya merancang dan hanya segala ketetapan hanyalah dariMu semata-mata. Hanya Dikau yang Maha Mengetahui... dan hanya padaMu tempat kami berserah...Amin..

Permata hati kami... 




Sempena Hari Mak ni...maafkan mak ye sayang... kalau selama ini mak terlepas pandang... akan yang satu ini...

SPEECHLESS..




Ye.. saya akui... zaman kanak-kanak itu akan berlalu...

Ketika ini... balik dari sekolah... mereka bercerita tak henti-henti... bercerita tentang apa yang mereka belajar... bercerita tentang apa yang mereka makan di sekolah... bercerita tentang kawan-kawan...kadang-kadang kita hanya angguk ataupun senyum pada hal fikiran kita jauh melayang... tangan kita sibuk buat kerja... mata kita tertumpu pada adik yang kecil...

Ketika ini juga... segalanya nak berteman... segalanya mahukan perhatian seorang mak... kejap mak.. nak tukar baju.. kejap mak... nak mandi... kejap mak... nak makan mammee...mak... air dah tumpah... mak.. saya dah berak... mak.. mainan ni dah rosak... mak jom pi JJ...mak nak pi padang polo.... dan list itu semakin panjang....

TAPI..

Sedarkah kita bahawa masa itu tidak kekal lama... kerana... akan sampai masa nanti mereka akan duduk di dalam bilik sambil layan musik... layan fb...layan kawan-kawan di telefon.... tiada sepatah keluar dari mulut ketika pulang dari sekolah... Hanya angguk atau geleng sahaja pada sapaan kita mengajak mereka makan... keluar bilik hanya bila ada keperluan untuk makan atau ke bilik air...dan pada masa itu kalau kita nak bercakap dengan mereka.. 

~kita perlu ketuk pintu~


1 comment:

  1. Selamat Hari Ibu Elmi Juliana...semoga kita menjadi IBU yang Terbaik buat Anak2 kita..insyaAllah...

    ReplyDelete